Sabtu, 6 Februari 2021

Yesterday When I was Young

Sekadar Teman 
Nukilan: Noorazah Noah















Sahabatku yang tersayang
Dari mana harus aku mulakan
Berkias Bahasa Cinta
Kisah antara kita
Dari mana juga harus aku katakan
Dari salam seorang teman
ataukah dari sentuhan bait-bait kata
tanpa suara. 
atau apa mungkin sekadar kenalan di alam maya

Kata-katamu 
menatang aku 
dari kesunyian dan kekosongan
mendepani hari-hari sunyiku
malah
membibitkan senyuman demi senyuman
hari-demi hari bersama bayangmu

Lirikan harapan dan sikapmu
yang memanjai aku dengan kata-kata
mendinginkan kebekuan hatiku 
umpama azimat kukuh
tersemat dalam kamus 
seorang teman biasa seperti aku

maka
dari mana lagi harus aku mulakan.... 
pertemuan ini bukan pertemuan yang dirancang
perpisahan ini
bukan perpisahan yang dipinta
moga bisa aku pinjam kata-kata dari pintalan awan.... 
semoga kau akan terus melangkah 
dengan seutas tawa yang menghiasi suasana
terhimpun dalam sejarah
kerana
Kata-kata tanpa suara antara kita
membuahkan rasa 

Khamis, 5 November 2020

RINDU SEORANG RAFIK

 RINDU SEMANIS EPAL

Hari itu Rafik tiba-tiba menghilangkan diri.Saya tercari-cari sesosok tubuh Rafik di segenap ruang tapi Rafik tidak kelihatan.

Saya berlegar-legar mencari Rafik  . Rafik tidak kelihatan di mana-mana  tempat bersanggah. Hari itu suara riang Rafik tidak kedengaran malah saya juga terasa sunyi tanpanya. Rafik telah membawa perubahan yang  besar dalam ruang hidup saya. Kata-katanya ibarat azimat semangat yang mendinginkan. Semangat dan keriangan yang dibawanya menjadikan segala kebahagiaan terhimpun bukan sahaja kepada saya malah untuk semua insan yang berada disisinya. Semoga Rafik masih Rafik yang pernah saya rindukan. Semoga senyuman Rafik masih kekal manis semanis epal di kebun Buchanan. Walau apapun yang sedang Rafik lalui saya masih berharap Rafik akan muncul semula!!!


05 Nov 2020

Rabu, 4 November 2020

HATI YANG RAPUH

 

Pudarnya Pesona Cleopatra.

Hari ini gerak jari saya meruntun untuk menulis buat sekian kalinya. Saya sangkakan nada dan rentak hati saya yang selama ni tenang tidak mudah berkocak.Rupa-rupanya jiwa ini tenang di permukaan tetapi dasarnya terlalu bergelora buat masa ini. Asam garam kehidupan ini menjadikan saya pemerhati setia pada tiap-tiap kejadian dan peristiwa yang berlaku di sekeliling saya. Betapa rapuhnya harga sebuah persahabatan dan ikatan ukhwah. Hati saya berdetik, jika inilah takdir yang Allah tetapkan untuk saya, saya reda. Jika inilah balasan untuk tiap-tiap kenangan yang tercipta saya terima kerana saya faham dan tahu keindahan Cleopatra itu bukan sesuatu yang asli, malah saya cukup mengerti  keindahan Cleopatra hanya satu tarikan yang tidak kekal. Apabila musim bermadu tamat, hubungan akan menjadi pudar. Ada insan yang jatuh hati tanpa syarat, tapi tak kurang juga yang mencintai kerana sesuatu asbab. Adakah pemikiran saya masih lagi relevan dengan perjalanan waktu menongkah arus langit terbuka ini? Pada saya cinta itu hadir tanpa syarat, jika kita jatuh cinta kita tidak memerlukan sebab. Oleh itu jangan tanya saya mengapa saya jatuh cinta, mengapa saya suka kepada si anu atau si anu. Cukuplah bagi saya, saya suka , jika dia baik saya suka, jika dia tidak baik pun saya suka. Perkara ini amat berbeza jika saya benci, Kerana kebencian itu akan memakan diri saya, membuatkan saya sakit sebab itu saya memerlukan sebab untuk membenci. Semoga sebab-sebab untuk membenci itu tidak hadir dalam kamus diri saya kerana saya dididik untuk memaafkan, saya dididik untuk mengalah, saya dididik  untuk menghormati hak orang lain, namun hakikatnya saya bukan malaikat dan saya bimbang sebab itu tiba-tiba muncul dalam hidup saya. Pada ketika itu masihkah saya terpesona pada kecantikan Cleopatra?!!!

Oleh itu,

 
jika kau lihat pokok itu teguh berdiri , jangan pernah kau sangka ia tidak pernah goyah disapa ribut

jika kau lihat mentari itu tersenyum bersinar jangan pernah kau putuskan ia tidak pernah mendung

Jika kau sedang mengalirkan air mata jangan pernah kau terfikir bahawa senyuman itu tanda bahagia

Isnin, 22 Julai 2019

Cinta itu suatu kuasa
BISAKAH KITA MEMAAFKAN ANDAI HATI TELAH TERLUKA

Ketika memulakan suatu hubungan, umumnya tidak seorang pun terpikir hubungan mereka akan dilanda gelora. Bukankah sebuah hubungan biasanya terjalin atas rasa saling percaya, dan rasa percaya itu membuatkan kita yakin bahawa mereka adalah pasangan yang paling tepat buat kita. Kita percaya bahawa keduanya dapat saling mencintai dan setia buat-buat selama-lamanya. dalam kegusaran , dalam badai yang melanda kita akan cuba untuk berdamai dengan hati yang bergelora demi sebuah kebahagiaan. Dalam kesabaran itu , berkali-kali hati yang rapuh dan kecil itu terluka, dibaluti dgn titisan air mata tanpa suara. Sejauhmana dapat bertahan bukanlah ukurannya bila cinta yang telah diberi dikhianati buat sekelian kalinya. Allah takdirkan segala-galanya untuk kita kembali kepadaNya. Andai itulah takdirnya saya terima. Cuma jujurlah jika tiada lagi cinta, jauhi diriku  agar tiap-tiap langkahmu tidak lagi mlukakan aku dalam diam. Mampukah kau memberikan aku satu erti dan rasa  bukannya sekadar satu sumpah atau janji setia  kerana segenggam setia itu belum tentu membuahkan bahagia. 
”Ya Allah, berikanlah cintaMu kepada ku dan jadikanlah aku mencintai orang yang mencintaiMU dan mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu. “

Ahad, 21 September 2014

# sesaat bersama seabad terasa#

Di saat aku mula mengharungi hembusan perjalanan ini dengan tiupan halus bayu persahabatan, mengapa hari ini jari jemariku ligat kembali mengetuk kenangan lalu

Selasa, 8 November 2011

~kawan, sahabat,dan teman~

Dalam dunia ada tikanya kita akan  bersendirian,,
 Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita Mengharapakan keiklasan dan kejujuran Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita. Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita….. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat… Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat….. Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu…. Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.

Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu…. Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…..

RENUNGILAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukama)

Selasa, 9 Ogos 2011

KasihMu kuBawa Sampai ke Mati.

Akhir2 ini saya menjadi penanti setia pada tarikh keramat 07.09, sedangkan selama ini saya tidak pernah ambil kisah, apatah lagi mahu menanti. Tiba -tiba pada tahun ini saya merasakan saya mahu menyambutnya, menyambutnya buat kali pertama, miskipun sepatutnya saya meraikan hari tersebut sejak 10 tahun yang lalu. Dalam diam saya mula menyedari ada satu getaran halus yang tak mampu saya ungkapkan dengan kata-kata bahawa saya mula belajar mencintai.Kadang-kadang aneh saya rasakan selama 10 tahun ini, saya masih bimbang untuk mencintai dia sedangkan saya tahu hanya saya yang bertahta dihatinya. Kadang2 juga saya merasa terlalu yakin dengan perasaan saya. Betulkan apa yang telah saya lalui selama ini.

BuatMu seorang suami.

Terima Kasih Memiliki aku disaat orang lain meninggalkan aku
Terima kasih menyayangi aku disaat orang lain meminggirkan aku
Terima Kasih buatmu seorang suami
kerana telah memiliki, mencintai dan menyayangi aku
disaat orang lain menolak dan meninggalkan aku
Terima kasih buatMu kerana telah memuliakan aku
Disaat orang lain masih bertanyakan sejarah silamku
Terima Kasih buatMu 
kerana sentiasa ada disaat air mataku mengalir
miskipun kau tahu air  mata itu bukan buatmu
Terima kasih, terima kasih dan terima kasih
walaupun aku tidak sesempurna bidadari yang kau mimpi
tdak selembut sutera yang pernah kau idam
tidak serajin yang kau dambakan
Terima kasih masih memiliki aku, seadanya aku.

HaPPY aNIVERSARY DAY_10
~ BESABARLAH TIKA AKU MASIHbertatih~
Tika aku masih merangkak, tika aku masih belajar berjalan untuk menganugerahkan cinta buatmu~
Sesungguhnya aku telah berusaha menyayangiMu dan mencintaiMu lebih daripada apa
YaNg KuMamPu~





Di mana dia di hatiku.


 Pernahkah kita terasa tiba-tiba sahaja seolah-olah tidak mengenali pasangan kita? Mengapa dia menjadi “manusia lain”? Seakan-akan kita belum pernah mengenalinya walaupun telah menjalin hubungan sekian lama. Jika kita pernah mengalami perasaan itu, jangan terkejut. Ia adalah perkara biasa. Bukan sesuatu yang luar biasa. Pada tahap ini, ramai yang mula menyesali diri. Mengapa dia yang ku pilih? Tanpa sedar bahawa pada masa yang sama, dia juga mungkin berbisik mengapa kita yang dipilihnya? Inilah bibit-bibit yang boleh meruntuhkan sebuah perhubungan. Yang nekad, rela berpatah arang lalu menempuh jalan permusuhan. Yang penakut, menunggu dengan resah memendam perasaan… tanpa ada lagi keceriaan.Benarkah dugaan dan ujian hidup menyebabkan kita hilang rasa bahagia? _ genta rasa_

Ahad, 15 Mei 2011

~ DibibirKu lafazkan rela, dihatiku terasa pedihnya~

Jika cinta yang kecil itu rapuh, jangan pula cinta yang lebih besar itu roboh. Percayakan janji-janji Allah di akhirat adalah penawar paling mujarab untuk menghadapi keperitan ujian hidup di dunia. Ketika disiksa menjelang kematiannya, Siti Asiah hanya memohon kepada Allah untuk mendapat rumah di dalam syurga. Jadi usah dikorbankan akhirat kita hanya kerana dipersiakan oleh cinta kita di dunia.
Bagaimana sekiranya, cinta kita sudah dipersiakan? Pasangan kita seolah-olah menjadi ‘orang lain’. Bukan dia yang kita kenal dahulu. Apakah ketika itu kita akan jadi panasaran? Habis segala laci, meja tulis, kereta atau begnya kita selongkar. Telefon bimbitnya, email, facebook dan apa sahaja milik peribadinya kita bongkar. Mencari dan menghidu kalau-kalau terdapat bukti kecurangannya. Siang malam diamuk gelisah. Kita bagaikan dirasuk.

Pada saat genting itu tekanlah butang ‘pause’. Bertanyalah pada diri, apakah kita masih menaruh harapan? Jika jawapannya masih ya, maka nyalakanlah harapan itu –keep hope alife! Berusahalah untuk memperbaiki diri. Dakap cinta Allah erat-erat. Moga perubahan itu membuahkan harapan yang  akan merubah pasangan kita.

Tempuhlah jalan-jalan yang baik dan dibenarkan oleh syariat untuk membetulkan keadaan. Jangan cuba membasuh najis dengan air najis. Maksudnya, jangan gunakan jalan yang salah untuk membetulkan kesalahan pasangan kita. Nanti keadaan akan bertambah buruk. Terimalah takdir itu dahulu. Jangan mungkir. Kita tidak mungkin dapat mengawal arah tiupan angin, tetapi kita masih mampu mengawal kemudi pelayaran.

Setelah berusaha sehabis daya… istirehatkan hati dan minda. Cuba tenangkan perasaan. Dia bukan segala-galanya dalam hidup yang singkat ini. Harapkan yang terbaik tetapi bersedialah menghadapi yang terburuk. Jika terpaksa kehilangan cinta itu bukan bukan bermakna kehilangan segala-galanya.

Buat isteri yang diuji, ambillah masa untuk bersunyi-sunyi dengan Allah.
~ genta rasa~

Ahad, 17 April 2011

Doa perpisahan_brothers_



Pertemuan Kita Di Suatu Hari

Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci



Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi

Dugaan Yang Menimpa Diri

Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu

Andainya lelaki tahu



Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.   Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.   Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.   Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.   Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.   Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.   Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.   Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.   Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. Andai lelaki tahu.. Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi
 Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.   Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.   Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Jumaat, 15 April 2011

Khamis, 14 April 2011

iklim dan sikap manusia.


Jangan Takut Dengan Tekanan
Tekanan adalah perkara yang membebankan. Tiada siapa yang menyukai tekanan. Namun bagi mereka yang memahami, pasti akan menghargai tekanan setelah mengetahui tekanan itu membuat mereka tiada pilihan melainkan menyelesaikan masalah daripada tekanan tersebut.
Masalah adalah peluang. Ia adalah peluang untuk mempelajari bagaimana membuat penyelesaian. Apabila manusia sering lari dari masalah, maka bilakah masanya mereka akan belajar menyelesaikan masalah? Bilakah masanya mereka akan mematangkan diri jikalau sentiasa lari dari situasi ini?
Masalah akan tetap berlaku dalam hidup. Orang yang bersedia dan terus bertindak mempelajari menyelesaikan masalahnya akan mudah di kemudian hari. Ini adalah kerana masalah-masalah baru lebih mudah diselesaikan dengan pengalaman yang lalu. Berbeza daripada mereka yang suka lari dari masalah. Sekecil-kecil masalah boleh menjadi besar kepada mereka.

Bersabarlah hati bila diuji




Hidup di dunia tidak lepas dari ujian dan dugaan dari Allah. Itu sudah menjadi rencah kehidupan manusia. Ada dua jenis bentuk ujian buat manusia, ujian dalam bentuk kesenangan dan ujian dalam bentuk kesusahan.
Cuma, acapkali apabila disebut ujian Allah maka rata-rata manusia beranggapan ujian itu adalah dalam bentuk bala dan musibah. Ramai yang lupa akan ujian kesenangan yang datang dalam pelbagai bentuk kekayaan, kekuasaan, kesihatan dan bermacam-macam lagi.
Bahkan ujian kesenangan sebenarnya lebih sukar kerana kebiasaannya manusia itu lupa kepada Tuhan tatkala dirinya mengecapi pelbagai kesenangan hidup. Apabila ditimpa kesusahan, kebanyakan manusia akan kembali menyeru Tuhannya.
Mengenai ujian kesusahan, firman Allah di dalam Surah al-Baqarah:
[155] Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
[156] (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
[157] Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.
Maka antara ujian yang datang daripada Allah itu ialah timbulnya perasaan takut di hati, kelaparan, hilangnya harta benda, tanaman dan orang yang disayangi. Kebiasaannya apabila manusia ditimpa musibah, pastinya mereka akan berada dalam keadaan sedih, dukacita dan gusar. Tetapi manusia yang bersabar menghadapi ujian akan menerima khabar gembira.

Isnin, 11 April 2011


Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini.Untuk itu Ya Allah jangan Engkau tinggalkan untuk sahabatku suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya.seMoga setiap hajatnya dari keperluan dunia dan akhirat yang telah Engkau redhai ditunaikan . Perkenankanlah Doaku ini Ya Allah kerana sesungguhnya hari ini adalah hari kelahirannya.*** HAPPY BIRTHDAY SAHABAT***
Time: 03/04/2011 00:32:26


salam pagi isnin:
biar kita jauh berjalan mengejar keindahan hidup...jangan kita terlupa akan persahabatan yang terjalin dalam sebuah ikatan yang suci...ku utus salam rindu buat mu sahabat moga pawana lembut ini terbias dihati mu...Salam penuh keceriaan.

Ahad, 10 April 2011


 Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

 Cinta adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
  Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu._UNTUK ITU TERIMA KASIH CINTA_




Mudahnya kita jatuh cinta
Dan terkadang kecintaan memelikkan kita.
Mengapa mudah kita tertaut hati pada seseorang itu?
Hanya pada pandangan pertama.Begitu mudahnya kita menyintai seseorang.Begitu juga dalam jalan dakwah ini.Kita akan mudah terjatuh cinta.Banyak kali.Cinta pada mereka yang memberikan kita rasa faham ini.kepada mereka yang kita berikan rasa faham ini.Ia adalah tautan hatiYang sukar dimengertikan.Perasaan yang sukarDinukilkan dengan lukisan kita.Begitulah besarnya erti cinta pada dakwah ini.Ia menolak kehendak diri untuk memberi sebuah erti.Jauh dirasakan dekatSering bersama tidak mendatangkan kebosananIanya bahagia tiada tara! Ia mengajar erti untuk tidak berhenti dalam memberi. Ia menolak diri untuk sentiasa mengorbankan diri demi insan yang baru sahaja dikenali kerana ikatan hati itu bertahkik pada cinta Ilahi.( aku dan dia, mengalami rasa yang sama; mudahnya hati ini tertaut dan menyukai manusia. Kerana itu, takutnya apabila dialirkan cinta itu pada yang bukan berhak)Kerana dakwah dan islam, sentiasa menyatukan hati kita,Menjadikan kita sentiasa jatuh cinta sesama kita,Setiap masa.Mudahnya dakwah ini menjadikan kitaUntuk jatuh cinta!
Kerana Allah: Dialah yang meng'allaf'kan hati2 kita!
وَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِہِمۡ‌ۚ لَوۡ أَنفَقۡتَ مَا فِى ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعً۬ا مَّآ أَلَّفۡتَ بَيۡنَ قُلُوبِهِمۡ وَلَـٰڪِنَّ ٱللَّهَ أَلَّفَ بَيۡنَہُمۡ‌ۚ إِنَّهُ ۥ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬ 
Dan (Dialah) yang menyatukan di antara hati mereka. Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( Anfal: 63)

Jumaat, 18 Mac 2011

Maafkan Aku ....





Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu ‘menyamar’ sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.
Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman. Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.


-genta rasa_

Adakah mereka kenangan terindah dalam hidup kalian...Ketika bersendirian membacanya, hati seringkali melayang teringatkan teman-teman. Mengapa hati dan bukan fikiran? Kerana hati merasa. Wajah-wajah mereka hadir satu persatu di depan mata. Kemudian, terlihat mereka mengukir senyuman seolah-olah menyapa. Aduh, lama benar kita tidak berjumpa. Rindu sekali untuk berbual bicara. Namun, itu semua bayangan. Bayangan yang hadir daripada kenangan. Kenangan kita mendaki anak-anak tangga bersama-sama


Setelah meninggalkan zaman persekolahan, kita membawa diri meninggalkan teman-teman dan menuju haluan masing-masing. Kita tinggalkan kenangan manis sewaktu belajar bersama, bermain bersama-sama, bergurau senda hingga ke dalam mimpi. Kita tinggalkan cinta monyet kita kerana kita rasa kita tak mungkin akan bersatu di suatu hari nanti. Tak mengapa, kalau telah ditakdirkan, kita akan bertemu lagi walaupun ketika itu masing-masing telah pun berpunya. Kita bersedih di atas perpisahan itu. 
Masa terus berlalu, kita sambung study di tempat yang lebih tinggi. Di sana kita semakin jauh terpisah dan akhirnya bertemu dengan pengganti masing-masing. Kita pun bercinta lagi dan mungkin kali ini lebih bermakna dari yang lalu. Kita happy ketika itu namun sudah pasti kita masih teringat kenangan sewaktu kita bersama dulu. 
Tiada email tiada address rumah dan takde fesbuk untuk kita keep in touch.. 10 tahun, 15 tahun dan 17 tahun berlalu.. tak sedar kita sudah lama meninggalkan kenangan itu dan kenangan itu semakin pudar ditelan masa. 
Kadang-kadang, kita toleh kebelakang menyusuri kenangan silam, kita tersenyum sendirian bila teringat seeorang yang pernah bertahta di hati kita, apatah lagi ianya merupakan cinta pertama di dalam hidup kita, pastinya sukar untuk kita lupakan. 
Kini kita telah berjaya dalam kehidupan kita, sekurang-kurangnya kita berjaya menjadi diri kita sendiri, punyai career, nama, pangkat dan kita miliki pasangan hidup masing-masing. Kita happy dalam kehidupan ini, dan yang pastinya kenangan itu, biarlah terus menjadi kenangan yang terindah di dalam hidup kita.
Masa terus berlalu memudarkan lagi kenangan lama antara kita. Tersengih kita bila teringat cerita lama ni.. di mana lah kau sekarang ni, rasanya kau mesti dah berkahwin dan punyai anak-anak. Agak-agak kalau ditakdirkan bertemu semula, masih ingat ke pada aku ni. Mungkin tidak agaknya..
Luka lama terguris kembali  tidak pernah menduga akhirnya kita bertemu semula setelah sekian lama berpisah.  Kita bertemu lagi kali ini, dalam suasana yang cukup berbeza. 
Kita berbicara lagi, tanya ke mana lama menghilang, lepas sekolah dulu masuk U mana, lepas tu sambung buat master ke, kerja mana sekarang, bila kahwin, kahwin dengan siapa dah berapa orang anak, best tak kahwin….
Kenangan pun muncul semula, kita bercerita tentangnya.. kita pernah menyimpan kenangan dulu, kita pernah ada rasa sayang dan rindu. 
Kita bercerita lagi, bercerita di facebook, dalam SMS di dalam email.. kita memuji antara satu sama lain, kau masih seperti dulu tak banyak berubah bah kan makin cantik.. anak-anak pun comel-comel tak ubah macam muka kau, mesti suami kau bangga dapat isteri macam kau.. bla bla bla… tak pernah selama ni lupakan kau. Aku ada juga berusaha menjejaki kau tapi aku tak berjaya. Tapi aku rasa kau memang dah lupakan aku. So aku biar kan je lah, iya lah orang cantik macam kau ni ..
Kau salah! Selama 17 tahun tu aku pun ada juga tanya member-member lain tapi dia orang tak sure kat mana kau, so aku fikir kalau kau masih ingat kan aku, sudah pastinya kau akan mencari aku. Tapi iya lah, takdir dah tertulis semua ni kan, kau pun dah bekeluarga, aku pun dah berkeluarga. Anyway, aku macam tak percaya boleh jumpa kau semula.
Hari pun berlalu lagi. Berdebar-debar, macam ada taman dalam hati.. berbunga-bunga gitu. Apakah perasaan ini benar-benar atau hanya perasaan kita saja. Kita rasa rindu untuk berbicara lagi, adakah..…kau rasa apa yang aku rasakan..atau hanya aku yang berperasaan sedemikian. 
Jarak dan waktu telah memisahkan kita. Walaupun begitu, perasaan rindu untuk bertemu semula di alam nyata tetap menjadi harapan kita bersama. Cuma kali ini dalam keadaan yang jauh berbeza dari dahulu. Kita sama-sama sedar bahawa kita sudah ada komitmen lain dalam hidup yang perlu diteruskan, tapi mengimbau kenangan lama adalah lumrah yang tidak dapat kita elakkan. Dan kita tidak berniat untuk mengulangi sejarah lama, hanya sekadar berbicara dan berkongsi cerita.

Katamu aku masih seperti dulu, dan bagiku kau juga masih seperti dahulu…20 tahun yang lalu sewaktu kita berpisah cuma kau kelihatan lebih matang dan bertanggungjawab. Keprihatinan mu terhadap aku masih seperti dahulu..redup pandangan matamu terhadapku masih seperti dahulu. Aku seperti boleh mambaca renungan itu, tapi kupujuk hatiku untuk tidak memikirkannya. Benarlah kata orang cinta pertama sukar dilupakan, waktu hati kita pertama kali terdetik untuk menyukai seseorang, itulah saat terindah dalam hidup. Cerita kita cerita lama, kini kita hanyalah sahabat. Memang pahit untuk ditelan tapi itulah kenyataannya.. Kenyataannya bahawa kita sudahpun berpunya....dan kita gembira ......



_Eddra_

Kawan sahabat dan teman:Dalam meniti kehidupan aku menemukan kasih insan yang bergelar kawan, sahabat dan teman. Berkenalan, kemudian menjadi kawan, kemudian menjadi sahabat yang sentiasa ingat mengingati . Betullah kata pujangga sahabat kawan dan teman adalah antara orang yang paling kita suka.


Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yang kita suka, kita kan tunjukkan imej diri kita yang sebenar.
Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.
Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis. Tapi bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.
Perasaan cinta bermula dari mata. Perasaan suka pula bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata cinta berbuah menjadi air mata.

Rabu, 9 Mac 2011

Bila Hati Dilukai

"Kadang-kadang ALLAH jarakkan hubungan kita, kemudian DIA datangkan pula dengan dugaan..puas kita menangis, mencari mana kawan kesayangan kita..Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita Rindu berpanjangan.."

Ahad, 27 Februari 2011


Ape khabar HATImu??
Masihkah ia seperti embun?
Menunduk tawaduk di pucuk-pucuk daun...
Masihkah ia seperti batu karang?
Berdiri tegar menghadapi gelombang ujian...

Ape khabar IMANmu??
Masihkah ia seperti bintang?
Terang benderang menerangi kehidupan...

Ape khabar SAHABATku??
Di mane pn kau berada...
semoge Allah sentiasa MELINDUNGI, MENJAGA dan mengurniakan NIKMAT IMAN&ISLAM
kpd mu hari ini, esok dan utk selamanye..

Khas Buat Sahabatku yang tidak pernah dilupai...
" Ya Allah...
Jagalah sahabatku ini di kala penjagaanku tidak sampai padanye..
Sayangilah dye tatkala rase sayangku tidak mampu merangkulnye dalam dakapan yang nyata..
Perhatikan dye di kala perhatianku tak terangkum dalam kate yang bersahaje..
Kerana Engkau punye segala yang ku tak punye..
Kerana ku ingin dye selalu menjadi SAHABATku d dunia &
ku berharap pertemuan dengannye di syurga yg kekal abadi.
: catatan seorang teman dr blognya zakiratuasrar:

Isnin, 15 November 2010

Buah Pena Saya Yang Terkini...Kebahagiaan Dalam Perpisahan...



saya bukanlah dilahirkan sebagai penulis, apatah lagi untuk menjadi pelontar idea yg mempunyai peminat setianya, saya cuma pencatat yg menarikan lengok pena tika idea datang dalam mengisi masa yang terhidang. Entah mengapa sejak beberapa hari lalu hati saya diusik dengan pelbagai persoalan .Malah kehadiran surat dari seorang teman lama telah menggangu tumpuan saya,,dalam erti kata yang lain pemikiran saya kini berada di paras beku. Petang itu, saya dihulurkan sekeping warkah bisu yang sarat dengan air mata. Sekeping warkah bisu yang membawa sejuta harapan dan impian seorang sahabat. Malah sekeping warkah bisu itu jugalah yang telah membawa saya kembali menyusuri hari-hari suram saya bergelar remaja.Mungkin bagi kebanyakan orang , perpisahan itu mudah diucapkan namun amat sukar untuk dinyatakan. Malah saya sendiri tertanya-tanya masih adakah antara kita yang akan mengecapi kebahagiaan dalam perpisahan.Apakah mungkin kebahagiaan dalam perpisahan itu nanti akan membawa lebih banyak Kedamaian. Malah adakah kebebasan itu nanti boleh disamakan dengan kebebasan sang rerama menari-nari di angkasa?. Adakah nanti kelewahan warna yang terdapat disebalik seri Si rama-rama mampu dimengertikan. Ah…saya masih buntu mencari jawapan,,,dan tiba-tiba lamunan saya terhenti..tika Maher Zen tiba-tiba membawa sebuyung penawar dalam alunan suaranya yang merdu….alunan karyanya “InsaALLah”

Lirik Insha Allah – Maher Zain

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and that you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side

Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it’s way too late
You’re so confuse
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side

Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Oohh Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one who can show me the way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

Sementara itu fikiran saya terus melayang, terbawa-bawa kenangan tika saya masih remaja. Cukuplah tika itu jiwa saya memang ketandusan, kering dan gersang. Pada ketika dan waktu itu jugalah saya mencari-cari setitis tinta pengubat lara ketika hati tidak lena. Malah saya akur tika itu saya terlalu naif untuk mengerti nilai sebuah kehidupan apatah lagi tika itu jika saya mahu membicarakan sesuatu dengan bicara dari suara hati. Saat itu segenap takulan dan pemikiran saya hanyalah bersandarkan pada akal logik dan rasionalnya.
Dan ketika itulah saya menemui jalan. Ya jalan yang mendorong saya menjadi saya pada hari ini. Dari kejauhan saya mula berjinak-jinak dengan kelas usrah yang dijalankan di asrama tempat saya mencari ilmu. Selalunya selesai subuh ada –ada saja kuliah subuh yang diberikan.Tapi istimewanya pada hari itu, langit kelihatan begitu riang untuk tertawa, burung-burung seolah-olah enggan tiba ke destinasinya dan inilah dia insan yang saya tertunggu-tunggu suaranya,,senior saya seorang teruna bernama Sulaiman Ibrahim.
Pagi itu, seorang lelaki yang hanya mahu digelar “ya Akhi” ini menerangkan sepotong ayat.
“Hasbunallah wa ni’mal wakil”.
Ya Akhi ,Seorang lelaki yang mempunyai suara yang tenang, dengan getar yang lantang ..
Pagi itu dia memulakan kuliahnya dengan pembuka kata
“cukuplah Allah sebagai penolong kita dan Dia adalah sebaik-baik pelindung”.
Para jemaah yang dirahmati Allah,kalimah ini diucapkan oleh nabi Ibrahim tatkala dia dilemparkan ke dalam api sehingga api itu tiba-tiba menjadi dingin. Kalimah ini jugalah yang diucapkan oleh Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wasallam pada perang badar sehingga Allah memberikan kemenangan. Tatkala nabi Ibrahim diletakkan di atas api, Jibril bertanya kepada nya “ apakah engkau memerlukan pertolongan dariku? Nabi Ibrahim menjawab “ aku tidak memerlukan pertolonganMu.Aku hanya perlu pertolongan Allah.
Maka wahai pendengar yang dirahmati, apa sebenarnya yang kita gusarkan? Apa sebenarnya yang kita harap-harapkan? Bukankah jika hati terasa sempit, tika hati tidak dapat merasa, tika jiwa kosong tidak bermakna,Allah ada sebagai pelindungnya?.”


Lamunan saya tiba-tiba terhenti. Terhenti bersama kenangan.Dia seorang lelaki yang memang layak untuk dihormati dan dikagumi. Seorang lelaki yang sentiasa menahan pandangan matanya daripada melihat kemanisan wajah ayu yang bukan miliknya yang sah. Anak muda yang saya gelar Ya Akhi ini memang wajar disanjung . Jiwanya penuh dengan cahaya keimanan, hari-hari yang dilalui penuh dengan lisan-lisan dakwah walaupun ringkas namun sungguh bermakna. Sejak itu saya merindui kuliah subuhnya,,dan saya betul-betul kagum pada kehebatan anak muda yang satu ini. Walaupun masih muda kematangan pemuda ini memang hebat. Dalam diam saya menyimpulkan, tika satu hari nanti saya mempunyai zuriat, biarlah Allah memberikan seorang walad kepada saya mirip dengan ciri-ciri seorang sulaiman. Seorang Sulaiman yang pernah saya kagumi 15 tahun dahulu.Walau sebaris saja ayat yang dibacakan tapi penyampaiannya Masya Allah!. Menusuk betul jauh ke urat dan nadi jantung saya. Kalaulah bisa saja saya memilih dia….
Astafirrullah al-Azim..ampunkan aku Ya Allah ada saja bisikan nafsu yang cuba mengatasi daya pemikiran yang di batasi iman.

Dari kejauhan saya masih cuba menikmati kemerduan suara Maher Zain…Terbayang satu persatu wajah –wajah gembira, wajah-wajah duka, wajah-wajah suram, rakan-rakan yang pernah berkongsi cerita. Izan, har, zri,Emi, Dannyy, Atie , mimie , hani , Alin dan zee. Apakah yang sedang kalian lalui ? Bisakah kalian rasa perasaan yang sedang saya rasakan kini?

"Jika bisa ku khabarkan pada angin, ingin aku nyatakan masih ada rindu yang bersisa buat kalian. Jika bisa ku kirim pada bayu ingin aku sampaikan terima kasih kerana pernah menyayangi aku."

Mungkin kalian tidak menyedari bahawa kalian telah menganugerahi aku satu kenangan yang tidak mampu aku beli dimana-manapun jua. Annylss….pula , aku sendiri masih tertanya-tanya. Betullah kata-kata annylss , a real friend is hard to find, diffulct to leave and immposible to forget. Ya annylss..aku perlu menamatkan persoalan yang masih bersisa di ruang pemikiran ku.

Mungkin inilah yang sedang saya rasakan,,,saya cuba menghayati kembali setiap coretan pena yang Anallys tujukan buat saya. Kali ini bukan sebagai Pakar Kaunseling, kali ini saya cuba menghayatinya sebagai seoarang teman, saya akan menghayati tulisannya dengan mata hati yang masih bersisa kasih. Serpihan kekesalan sebenarnya masih tersemat disanubari saya. Sesekali terselit rasa penyesalan dihati, mengapa saya sanggup membiarkan seorang sahabat terkapai-kapai sendirian. Bukankah setulus kasih seorang teman itu ibarat setitis air di tanah yang gersang. Kini seolah-olah ada gerak bahasa yang berbicara di mata, malah seakan-akan wujud nada protes dalam tiap bait keluhan saya. Ada palitan dosa yang tidak tertanggung rasanya. Mengapa saya tergamak melupakan seorang insan yang bernama Annalyss. Bukankah dia seorang sahabat yang akrab dengan saya satu tika dulu. Seorang sahabat yang pernah saya titipkan kasih dan sayang serta titisan air mata suka duka.

Salam , sahabatku,
Sahabat Sejatiku yang selalu aku rindu. Maaf mira , aku cuba menulis seringkas yang termampu agar terus kau baca apa yang ingin aku sampaikan.
Ringkas ,,permulaan surat Annylss, dan dia masih mengelar saya dengan pangillan mira. Ya panggilan seorang remaja nakal yang tika itu suka menggunakan nama samaran untuk berpelesaran…Mira..pada pandangan saya itulah nama yang sesuai buat saya. Saya merasakan nama haza yang diletakkan dalam sijil kelahiran saya satu nama kolot yang tidak mempunyai makna. Sayangnya, setelah meningkat dewasa baru saya sedar saya pemegang nama yang membawa erti” kemuliaan” Betapa besar harapan abi dan umi saya ketika itu.
Saya mengumpul kekuatan untuk terus menghayati apa yang ingin Annyls sampaikan,,saya sebenarnya bukan bimbangkan Annyls tapi saya bimbang dengan bayang-bayang silam saya. Bayang-bayang silam yang tidak diketahui sesiapa. Ahhhrg..siapa yang peduli siapa saya yang sebenarnya, sedangkan saya juga sudah mulai lupa..
Bait seterusnya…dari warkah analyss terlalu dalam lukanya..dalam sehingga saya sendiri terbawa-bawa hanyut dalam melayani dan merasai keluhan hati seorang isteri.
entahlah mira,semakin hari kemelut yang kutanggung semakin menanah, Kudis yang bersarang menanti menjadi tokak yang meloyakan. Tokak yang tak mampu ditawari dengan sebarang penawar sebagai jalan penyelesaian. Saat saya mengenali suami saya , dia seorang juruteknik, saya mencintai sifatnya yang semula jadi dan saya menyukai belaiannya yang menghangatkan jiwa saya ketika saya bersandar di dadanya. 9 bulan dalam perkenalan dan setahun dalam masa pertunangan serta 9 tahun dalam menempuh bahtera perkahwinan/ saya harus akui bahawa saya mulai letih…lelah..alasan-alasan saya mencintainya dahulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjengkelkan. Saya seorang perempuan yang sensitif serta berperasaan halus, namun sejak akhir-akhir ini saya mula kehilangan diri saya yang dahulu. Saya mula jadi pemarah, mula merunggut dan perasaan mulai kosong. Saya sudah tidak dapat merasa ..deria yang Allah kurniakan kepada seorang isteri. Ada tika dan masanya saya berdoa agar suami saya akan menemui seorang perempuan yang dapat membahagiakannya, kerna saya tahu jauh di sudut hatinya saya bukanlah wanita yang dia dambakan. Saya pernah merindui saat-saat romantic dibelai seorang suami, hadiah hari lahir, hadiah ulang tahun perkahwinan kami, namun selama 9 tahun ini penantian saya seolah-olah telah berakhir. Saya telah terbiasa dengan kehidupan ini. Sepanjang 9 tahun ini saya hanya membiarkan setiap hari istimewa ini berlalu begitu sahaja tanpa sebarang harapan. Ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana romantik dalam perkahwinan telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

Ya Allah, mengapa sedangkal itu keputusanmu Annylss. Bukankah kau pengagung cinta dalam perjalanan hidupmu. Mengapa tidak kau terasa hangatnya kalimah perpisahan dalam sebuah perhubungan. Mungkin dia tidak mengerti jiwa halusMu, memang lelaki sifatnya begitu,,walau tidak semua tapi saya percaya hampir 80% daripadanya. Apatah lagi bila usia perkawinan sudah hampir ke ufuk senja. Annylss mengapa tidak kau bawa saja kekasih yang dulu hilang kembali Pulang. Mengapa kau terus melepaskan simpulan tali yang sepatutnya kau genggam hingga ke hujung nyawamu


mungkinkah......bait2 puisi ini ada benarnya....

Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat."
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!


Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya .


Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?


Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".

...biasanya pada usia perkahwinan sebegini, sambung....