Jumaat, 18 Mac 2011

Adakah mereka kenangan terindah dalam hidup kalian...Ketika bersendirian membacanya, hati seringkali melayang teringatkan teman-teman. Mengapa hati dan bukan fikiran? Kerana hati merasa. Wajah-wajah mereka hadir satu persatu di depan mata. Kemudian, terlihat mereka mengukir senyuman seolah-olah menyapa. Aduh, lama benar kita tidak berjumpa. Rindu sekali untuk berbual bicara. Namun, itu semua bayangan. Bayangan yang hadir daripada kenangan. Kenangan kita mendaki anak-anak tangga bersama-sama


Setelah meninggalkan zaman persekolahan, kita membawa diri meninggalkan teman-teman dan menuju haluan masing-masing. Kita tinggalkan kenangan manis sewaktu belajar bersama, bermain bersama-sama, bergurau senda hingga ke dalam mimpi. Kita tinggalkan cinta monyet kita kerana kita rasa kita tak mungkin akan bersatu di suatu hari nanti. Tak mengapa, kalau telah ditakdirkan, kita akan bertemu lagi walaupun ketika itu masing-masing telah pun berpunya. Kita bersedih di atas perpisahan itu. 
Masa terus berlalu, kita sambung study di tempat yang lebih tinggi. Di sana kita semakin jauh terpisah dan akhirnya bertemu dengan pengganti masing-masing. Kita pun bercinta lagi dan mungkin kali ini lebih bermakna dari yang lalu. Kita happy ketika itu namun sudah pasti kita masih teringat kenangan sewaktu kita bersama dulu. 
Tiada email tiada address rumah dan takde fesbuk untuk kita keep in touch.. 10 tahun, 15 tahun dan 17 tahun berlalu.. tak sedar kita sudah lama meninggalkan kenangan itu dan kenangan itu semakin pudar ditelan masa. 
Kadang-kadang, kita toleh kebelakang menyusuri kenangan silam, kita tersenyum sendirian bila teringat seeorang yang pernah bertahta di hati kita, apatah lagi ianya merupakan cinta pertama di dalam hidup kita, pastinya sukar untuk kita lupakan. 
Kini kita telah berjaya dalam kehidupan kita, sekurang-kurangnya kita berjaya menjadi diri kita sendiri, punyai career, nama, pangkat dan kita miliki pasangan hidup masing-masing. Kita happy dalam kehidupan ini, dan yang pastinya kenangan itu, biarlah terus menjadi kenangan yang terindah di dalam hidup kita.
Masa terus berlalu memudarkan lagi kenangan lama antara kita. Tersengih kita bila teringat cerita lama ni.. di mana lah kau sekarang ni, rasanya kau mesti dah berkahwin dan punyai anak-anak. Agak-agak kalau ditakdirkan bertemu semula, masih ingat ke pada aku ni. Mungkin tidak agaknya..
Luka lama terguris kembali  tidak pernah menduga akhirnya kita bertemu semula setelah sekian lama berpisah.  Kita bertemu lagi kali ini, dalam suasana yang cukup berbeza. 
Kita berbicara lagi, tanya ke mana lama menghilang, lepas sekolah dulu masuk U mana, lepas tu sambung buat master ke, kerja mana sekarang, bila kahwin, kahwin dengan siapa dah berapa orang anak, best tak kahwin….
Kenangan pun muncul semula, kita bercerita tentangnya.. kita pernah menyimpan kenangan dulu, kita pernah ada rasa sayang dan rindu. 
Kita bercerita lagi, bercerita di facebook, dalam SMS di dalam email.. kita memuji antara satu sama lain, kau masih seperti dulu tak banyak berubah bah kan makin cantik.. anak-anak pun comel-comel tak ubah macam muka kau, mesti suami kau bangga dapat isteri macam kau.. bla bla bla… tak pernah selama ni lupakan kau. Aku ada juga berusaha menjejaki kau tapi aku tak berjaya. Tapi aku rasa kau memang dah lupakan aku. So aku biar kan je lah, iya lah orang cantik macam kau ni ..
Kau salah! Selama 17 tahun tu aku pun ada juga tanya member-member lain tapi dia orang tak sure kat mana kau, so aku fikir kalau kau masih ingat kan aku, sudah pastinya kau akan mencari aku. Tapi iya lah, takdir dah tertulis semua ni kan, kau pun dah bekeluarga, aku pun dah berkeluarga. Anyway, aku macam tak percaya boleh jumpa kau semula.
Hari pun berlalu lagi. Berdebar-debar, macam ada taman dalam hati.. berbunga-bunga gitu. Apakah perasaan ini benar-benar atau hanya perasaan kita saja. Kita rasa rindu untuk berbicara lagi, adakah..…kau rasa apa yang aku rasakan..atau hanya aku yang berperasaan sedemikian. 
Jarak dan waktu telah memisahkan kita. Walaupun begitu, perasaan rindu untuk bertemu semula di alam nyata tetap menjadi harapan kita bersama. Cuma kali ini dalam keadaan yang jauh berbeza dari dahulu. Kita sama-sama sedar bahawa kita sudah ada komitmen lain dalam hidup yang perlu diteruskan, tapi mengimbau kenangan lama adalah lumrah yang tidak dapat kita elakkan. Dan kita tidak berniat untuk mengulangi sejarah lama, hanya sekadar berbicara dan berkongsi cerita.

Katamu aku masih seperti dulu, dan bagiku kau juga masih seperti dahulu…20 tahun yang lalu sewaktu kita berpisah cuma kau kelihatan lebih matang dan bertanggungjawab. Keprihatinan mu terhadap aku masih seperti dahulu..redup pandangan matamu terhadapku masih seperti dahulu. Aku seperti boleh mambaca renungan itu, tapi kupujuk hatiku untuk tidak memikirkannya. Benarlah kata orang cinta pertama sukar dilupakan, waktu hati kita pertama kali terdetik untuk menyukai seseorang, itulah saat terindah dalam hidup. Cerita kita cerita lama, kini kita hanyalah sahabat. Memang pahit untuk ditelan tapi itulah kenyataannya.. Kenyataannya bahawa kita sudahpun berpunya....dan kita gembira ......



_Eddra_

Tiada ulasan: