Isnin, 15 November 2010

Buah Pena Saya...Anugerah Terindah...













""" Kesepian memberi waktu padaku
Merenungi saat-saat bersamamu
mahupun diantara kita
tidak pernah terucap madah
melafazkan janji setia
"""""








Siri : 1
Hampir 9 tahun aku berada di sini. Jauh dari negeri kelahiranKU, Jauh dari pandangan keluargaKU, jauh dari hilai tawa teman-teman sepermainan dulu. Selama 9 tahun ini aku sendiri tidak pasti , apakah perasaan aku sebenarnya. Kadang2 aku merasa terlalu bahagia. Kadang2 ada waktu dan ketika sepi sering mengamit rindu. Dalam keriuhan melayani karenah anak-anak,yang menjadi buah hatiKU, dalam kebisingan hiruk-pikuk jeritan mereka, dalam kesyahduan esak tanggis si manja tercinta, tiba-tiba rindu datang lagi.Dalam meniti kehidupan ini, sering aku tertanya2 apakah kehidupan ini satu anugerah yang terindah. Sering juga aku terkenag kata-kata teman sepermainan dulu...
" Za..kehidupan ini tidak lain hanyalah satu perjanjian yang menuntut pengorbanan"

" Tidak..tidak Ijan, pada aku kehidupan ini satu anugerah. " Anugerah yang perlu dibelai dengan perasaan kasih, dengan perasaan sayang," lembut aku menegaskan pendirianKU.

" Percayalah, za...satu masa nanti kau akan akur dengan pendapatKU...percayalah.

**** Maha Suci Tuhan yang menjadikan langit dan bumi...Hari ini selepas 17 tahun aku teringat kembali...Betullah agaknya..kehidupan ini satu pengorbanan


*****



gambar sahabat, gee, emi, han, leman,khairul
anim, umi, atie,mas,nolly,naz

****** Di Ruang Sepi ini******

Di ruang sepi ini, kedengaran suara putera2Ku...Aku senyum sendiri. Bahagianya dunia mereka. ketawa....menangis...dan ketawa kembali.
Entah mengapa???
Saat2 begini mengundang aku menjejak kembali hubungan kemesraan yang pernah tercipta antara aku dan teman2 lama. Bagiku sahabat, kawan, mahupun teman merupakan insan yang paling istimewa dalam hidupKU.
Entah mengapa???
Bagai ada selumbar di hati, bagai ada rasa pilu menghiris kenangan bersama dibuai rindu semalam. Hakikat sebuah kehidupan yang pernah diucapkan Ijan lewat pertemuan lalu bagai berlegar2 dikotak fikiran.
Di luar hujan masih berguguran, dan jendela hatiKu masih kerinduan, pada warkah sepi seorang teman. pada mesej sunyi seorang sahabat dan pada suara bisu seorang kawan. Mungkin aku yang terlalu rindu akan pertemuan lalu, sedangkan kalian sudahpun mempunyai haluan yang baru.





Aku bangkit ,mendekati anakKU yang bongsu. Rengekannya memberhentikan penaku

" Mengapa sayang," mataKu tertumpah ke arahnya.

Sudah tiga tahun berlalu. Baby yang Kutatang, mula pandai melompat dan mengadu.

" ibu...abang kacau bb,"..lembut suaranya merayu aku.

" jangan marah sayang...abang nak bergurau tu," pujukKU.


Tiba2 anak ketigaKU datang menjengah.

" ibu... adik jumpa pembaris Umi," jeritnya...walhal jika ia membuka kecil saja mulutnyapun aku masih mampu mendengarnya.

" ibu kakak panggil," jerit anakKu yang kedua.

" ibu buka kejap beg ni,,,bu...," rengek Sibongsu.

" kejap ya sayang, ibu tengah menulis nie....


Begitulah rutin harianKu di rumah..ada2 saja yang direnggekan anak2 yang menjadi nadi jantungKU.



*****Kau KesayanganKU*****

" umpama mimpiKu kecap kenangan
taman permainan masa kecil dulu
sisip senyumanmu kemanisan tanpa gula
meninggalkan keresahah"
" kala gerimis menitis di hati
kenangan lenyap tanpa sedar
mungkinkah ada lagi saat2 indah itu
agar dapat kita bersama lagi" ( lagu slash)



Pertama kali aku menjejakkan kaki di SMTP, aku dapat merasakan aku tidak akan berasa sunyi.

" hai saya Mimie"

Aku disapa mesra. Gadis yang menegurKu ini penuh dengan senyuman manis yang mampu memikat jiwa.

" hai saya Haza"

" kelas seni" ?

" Aku menggeleng.

" kelas Perdagangan, aku membetulkan sangkaannya.

" wau..kita sekelaslah nampaknya?.

" may be" jawabKu ringkas.

Pada saat itu, muncul seorang gadis tinggi, berperwatakan tegas, berkeyakinan.
Mimie yang menyedari kehadiran gadis itu memperkenalkannya kepadaKU.

Kami berjabat tangan.

Begitulah awal permulaan yang membibitkan persahabatan aku dengan Mimie dan Hani. Persahabatan ini aku utuhkan dengan ikatan nama " hamiza abadie".

Aku, Mimie dan Hani menjadi tiga serangkai. Seingat aku sepanjang zaman remajaKu, aku mempunyai dua orang teman sejati. Itulah nilainya mereka pada pandangan mataKU. Dari dulu, kini dan mungkin untuk selama-lamanya. Sekilas itu aku teringat lambaian warkah usang yang pernah Kugarap. Sehelai kertas buruk yang kini telahpun kekuningan.







Teman
Kusingkap tirai memori silam
Kubilang helaian demi helaian
Kusingkap lagi
Kubilang kembali helaian demi helaian
usai Kurenung ruang bisu ini


Teman
setiap perjalanan
setiap degupan
setiap debaran
hati...jantung.. fikiran
sentiasa aku teringat
kemesraan seorang sahabat
yang pernah Kuabadikan
diruang hamparan indah


Teman
dulu pernah kita berlari
pernah kita ketawa
pernah kita menangis
pernah kita berkongsi suka duka


Teman
Kerinduan ini sentiasa bersarang
Tapi Kupagari dengan geriji ketabahan
walaupun ada gerimis halus yang menitis
Kukan tetap tabah
mengenang janji seorang sahabat
yang bergelar teman.


**** Cinta itu Ketawa dan Air Mata****


Ada masa dan ketika., tekanan dan perasaan marah membuatkan insan yang dahulunya penyabar, menjadi kurang sabar. Seorang yang pemalu menjadi kurang malu. Seorang yang berakal menjadi kurang akal. Dalam keriuhan kita merasa kesunyian. Sesungguhnya permata yang menerangi hati kita yang kegelapan adakalanya akan pudar tanpa sinaran. Pernah seorang sahabat berpesan, " Kebahagian , kegembiraan itu perlu dicari bukan dinanti"



Berkongsi tawa...berderai gelak...diiringi keriuhan rakan2 sekelas , menjadikan aku senyum sendiri. Mengenangkan kalian semua,,, Lin,,Nolly,,Mas,,Cik Ros,,, Naz,,, semua yang bernaung di bawah payung "5p3" aku jadi gembira...Antara ramai2 rakan sekelasKu, dia yang aku berkenan. Dia seorang anak muda berkulit sawo matang, yang suka mengusik, yang suka....

Aku pula pada waktu senggangKu, hanya tahu mengungkap kata, menghuraikan rasa melalui helaian2 kertas. Tak hairanlah "class-mate" aku memanggil aku dengan gelaran jiwang karat. Tanpa aku sedar hampir 17 tahun aku menjadi seorang perindu. Perindu yang tidak diundang. 1993...SMTP buat kali pertama aku menjejakkan kaki di sini. Suasananya berbeza. Penuh dengan perasaan asing...penuh dengan keegoan.. Aku????? ...aku hanya anak kampung menjejaki sekolah elit ini demi meneruskan cita2, menyambung harapan keluarga. Dulu di sekolah lamaKu smbp, aku berada di kelas perdagangan, bersama2 teman yang kini telahpun dipanggil ke asrama penuh

Pip..kini bergelar doktor...Nazri, jurutera di daerahKu...dan yang lain2 aku pasti mereka juga telah berjaya menjadi seorang insan


Sejak aku di sini, aku terpaksa belajar dan bergaul dengan teman-teman baru. Membiasakan diri dengan budaya asing yang memang bukan sebulu dengan jiwaku. Di sini juga yang menjadi saksi termeterainya persahabatan aku, mimie dan hani. Seingat aku disinilah perhubungan akrab antara kami bermula. Ya ..persahabatan yang membuatkan aku kini, menyusuri hari-hari sepi dan kosong ini. Apabila terkenangkan kegembiraan yang pernah kukecapi bersama-sama kalian, hati jadi sebak. Bagaikan hendak Kulempar jauh potret kenangan silam. Tapi semuanya itu tiba2 terbang ...menghilang. Dalam kepiluan ini, tersemai benih kasih yang mendalam buat kalian.
Pernah terasa malam yang Kulalui terlalu suram. Terasa siang yang kunanti terlalu gelisah. Walaupun Kucuba merisik khabar , akhirnya aku mengerti , hanya aku yang ternanti-nanti. Namun yang aku bingungkan mengapa aku masih mengenang kenangan lewat pertemuan lalu?. Pernah aku berjanji untuk menguburkan kenangan sepi ini..namun aku tewas lagi.

" woi..woi..." pisang montel...!!!!!!

Itulah gelaran sahabatKu satu tika dulu. Budak2 lelaki kelas 4p3, memang nakal,,,,riuh dengan usikan. Zamri, sulaiman, Azlan, Khairul, Halim, Sharihan Ejan,,,semuanya kukenali di sini. Mereka memang pelajar asal SMTP. Pelajar2 yang bijak top ten sekolah. Sharihan yang kini bergelar peguam , kami gelar sebagai profesor. Dia memang bijak,,bijak dalam pelajaran, aktif dalam sukan dan berbakat dalam mengalunkan untaian puisi. Halim pula mendalam ilmu agamanya. ...Belum lagi sulaiman,,,seorang anak muda yang pendiam tapi penuh ilmu di dada. Seorang anak muda yang pemalu tapi petah saat berkata2. Seorang anak muda yang mudah diajak berbicara. Kalau tak silap dialah teraju utama kelas 5p3 dan aku pembantu setianya....


Terlalu banyak rahsia yang berlegar2 dalam kotak fikiranku. Terlalu misteri untuk diungkap. Biarlah ia terus tersimpan kukuh, tersimpan padu, tersimpan ampuh dan jitu, kerna aku tidak mahu bakal ada hati yang terluka.

mac 1994...
Birthday Har. Ya Har, budak selambe yang menjadi pengubat rindu Hani. Anak muda yang terlalu serius raut wajahnya. Tapi baik tingkah lakunya, Dalam kalangan kami, dia digelar ustaz, dan mamat sorang nie,,,,sukar rasanya untuk aku berkomunikasi dengannya. Akupun tak pasti mengapa,,yang aku tahu mukanya,,,,,,poyo..poyo..poyo...selambe..gile tahap cipan. Mungkin kerana dia buah hati pengarang jantung sahabat baikku sendiri. So,,,may be sebab itulah yang menyebabkan aku lebih berhati2. Pernah satu ketika dulu azlin dan atieka tersalah anggap padaKU. Hampir2 aku dan hani berantapan..Semuanya gara2 sekuntum bunga yang har hadiahkan kepada Hani...


" alah ko tahu hani...Haza tu ada hati kat boy ko,,,beria2 azlin meracuni fikiran Hani."

" ya, akupun tengok, si haza tu dok usha har semacam aje, mesti ade apa2 nie," atieka menambah.

Dan petang itu, disaat kami semua menyusun anak-anak kaki menuju ke perhentian bas aku terdengar suara sumbang dan usikan yang betul2 nakal.

" haza...kalao ko nak har tu ambil sajelah, aku tak heran", ko ambil bunga ni dengan orang2nya sekali.

" apa dia nie,,,aku tak faham lansung, Tak ade hujan, tak ade kilat, tak ade ribut, tiba2 taufan melanda... " hani ape citenya ni? seram sejuk aku dibuatnya,,,dahlah brutal semacam ajer si azlin dan atieka. Dibelasahnya aku,,,tak ke harubiru.
" eleh,,,semua orang tahu ko suka usha si har, terutamanya masa dia dok jalan ke kelas. Ko tak payah main wayanglah nak sembunyi2.

"har? eeeeeeeeeeee mamat seko ni,,,,,pe kehalnya budak2 nie dok tuduh aku main cinta dgn dia pulak? kes berat ni...boleh putus kawan nanti..
" ya Allah, tak ada sebesar zarahpun perasaan aku dekat dia,..hani..masakan aku sanggup mengkhianati sahabatku sendiri.


" za, ko kawan baik hani, kalau ko suka kat har, ko cakap ajer. Hani takkan ambil hati" tegas hani.

arghhhhhh....kalian tidak mengerti
dan tak mungkin akan mengerti
hati ini telahpun dimiliki
dimiliki oleh bayang2 silam

****** ingin aku menjadi seorang puteri, yang mampu membawa kalian melihat mimpi2 indahku. Namun aku hanya aku…yang tak bisa merubah apa-apapun jua.********

Keresahan hani tidak dapat ditahan barangkali, debaran hatinya mungkin belum reda lagi,

" za ingat hani tak tahu, masa birthday har za letak kad dekat meja dia. Kalau tak ada apa2 masakan haza bagi kad dekat dia? Za nak bermadu dgn hani ke?" tika dan saat ini dapat aku mengerti kepiluan hatinya.

kepiluan yang sama apabila aku sendiri yang menjadi penghantar surat dan hadiah kepada si dia yang kupuja. Aku sendiri yang menjadi budak suruhan untuk menyampaikan hasrat seorang adik angkat kepadanya".. ya rasa pilu itu,,kututupi dengan sinaran mata yang berkaca. Yang kalian nampak sebagai keceriaan insan yang gembira sedangkan mataku berkaca mengenang tangis. Cuma tiada manik2 mutiara yang mampu mengalir ketika itu,kerana aku tahu tiada sapa yang akan mengerti.

" hani…percayalah kad yang za letakkan di meja hari tu dari adik angkat dia di hostel. Haza hanya sampaikan aje"
" hani kalau aku betul2 beri sesuatu kepada har, itu Cuma kerana aku menghormati dia. Ya kerana dia adalah kepunyaanmu..Hani.
Walaupun sejuta tahun aku mencintai dia, akan kuserahkan dia kepadamu. Persahabatan kita ini terlalu Agung untuk aku cemari hanya kerana seorang lelaki."
Lagipun….memang tiada ikatan antara kami berdua.

" kalaulah ko tahu hani insan yang kurenung, .insan yang kutenung, insan yang kutunggu kehadirannya itu bukanlah har. Bukan har…hani. Anak muda yang kuintai disebalik tirai itu adalah sahabat baik kekasihmu. Sahabat kekasihmu….ZRI….fahamlah aku hani…dan aku tidak mampu untuk menyatakannya kerana aku tahu kau juga baik dengannya.

Setiap senyumanku, setiap gelak tawaku, setiap titisan airmataku hanya Zri…dan hanya ZRI…titik.
Umpama mimpi, kini ku cantumkan kenangan lalu, sebati dalam satu adunan yang tidak bertepi. Pernah satu ketika aku bersemuka dengan har apabila hani mengeluh mengenai sikap har yang mula berubah.

" har …nape har buat macam tu? Har tak kesian ke dekat hani? Lagipun SPM dah dekat, za tak mahu hanya kerana har ,,,segala2nya akan berubah. Hani pelajar yang pintar,,sepintar har,,sepintar aku juga rasanya…(he..he…lambung sendiri).

" saya tak buat apa2pun, saya serius aper dengan dia? Selamber badak aje muka dia. Nielah muka selamber badak yang aku paling menyampah. Kat mulut aje…..tapi kat hati kaulah saudaraku har..saudara jauh yang tak pernah kau tahu…Kau tahu har aku mempunyai seorang bapa saudara di Ayer itam. Semasa kecil-kecil dulu, sering aku ke rumahnya, berkubang di dalam parit yang memang hitam airnya. Tapi waktu itu , saat kanak2 yang paling gembira dalam hidup aku…Mak jah dan pak cik ithnin..bukankah kau juga bersaudara dengannya? Ah…har hari ini kau buat air mataku mengalir lagi…mengalir laju..
Habis basah catatan diariku,,,habis basah mukaku dan agaknya habis bedak yang kusapu….he..he..

" za ..memang pada awalnya aku nak main2 tapi tidak sekarang. Memang asalnya aku menghampiri hani kerana aku mahu merubah dirinya dan kemudian…

" dan kemudian apa? Apa har? Kau mahu berlalu? Kau bangga kerana mampu merubah dia?..jangan har..jangan kau lukakan hatinya.Bukan dia aje yang akan kecewa tapi aku juga…aku mahu kalian bahagia. Ya bahagia ..buktikanlah masih ada cinta sejati dalam dunia kita..ya dunia seorang remaja…

" jadi untuk apa kau jumpa aku? Pakar kaunseling? Selambe betul dia menongkah pertanyaanku.

Muka..muka..muka itulah yang betul2 membuat hatiku mengerutu..sakitnya hati aku…..

" nanti za…aku tak habis lagi, akupun sebenarnya sayang dekat hani..dan biarkanlah takdir menentukan segalanya." Sayu aje aku lihat wajahnya..wajah saudaraku yang tak mampu mengenali aku.

Tulah…kan orang tua pernah berpesan, kan orang tua pernah berkata..jangan bermain api…..

" wooi…woooi…pisang montel"….
Dari kalimah keramat inilah , har akhirnya jatuh hati kepada sahabatku, hani. Berkat dorongan har, hani banyak berubah.

Dia bukan hani yang dulu. Tingkah lakunya mula gemalai ibarat puteri melayu terakhir, tutur bicaranya sopan, sesopan puteri ayu dari kayangan. Liuk badannya yang montel mulai solid persis ratu kebaya zaman silam. Kesungguhan har dan kelembutan hati hani telah mampu merubah sebuah episode seorang anak gadis. Siapa sangka si pisang montel berubah menjadi pisang emas. Putik2 persahabatan mereka bertambah mesra dan mula berbunga mekar. Ianya dikukuhkan lagi dengan kalimah cinta. Seingat aku gelanggang bola tampar di smtplah yang mencatatkan detik bersejarah perhubungan mereka.

Tapi air mata tidak kan boleh merubah suratan takdir, itulah hakikat cinta monyet mereka berdua.Hampir 3 tahun menganyam cinta, akhirnya hubungan mereka terlerai. Terlerai apabila har mendaki puncak menara gading, sedangkan sahabatku masih di sini.


# apakah kita terpaksa berkorban demi cinta,
sampai masa yang menentukan
tangisan akan reda.
Air mata tidakkan bisa
Merubah perjanjian
Andai takdir
Terpisah ditengah jalan. #
" saleem"


disini juga bermula episod aku...Si Jiwang Karat.

" Allah hanya akan menguji hambanya mengikut kekuatan akal dan imannya. Tidak diberatkan dengan apa yang ada diluar daya hamba-Nya".

Terdengar suara ustaz Elias mengajarku. Mengajar konsep takdir dan waktu. Pernah ustaz memberitahu,
" Insa-Allah, ada hikmah yang tersurat, yang kita sendiri tidak menyedarinya. " percayalah, anak2 bukankah sesudah kesulitan itu, ada kesenangan di belakangnya?.

dan setiap kali aku merasa sepi, merasa dilukai, merasa marah, merasa kecewa, sering aku menilai, mentafsir bicara seorang guru tua.
Tetapi...adakalanya aku mendengus lagi. Ah,,,,sesiapa saja boleh mengucapkannya. Aku...aku...yang akan menelan hempedunya...aku!!!!

" za ko lupakanlah dia"..tegas hani menegur ku.
" apa maksud ko hani?aku menarik lengan hani..meminta kepastian.



***** Kenangan Silam Mengamit rindu *****
aku memang terkenal dengan seorang pelajar yang penuh emosi. mungkin sebab itu, ramai pelajar yang menjauhkan dirinya dariku. Adakalanya bila kenangan silam mengimbau perasaan, aku jadi malu sendiri. Itukah aku? gadis cengeng yang penuh air mata. Gadis lembik yang penuh dengan khayalan di bumi nyata. Betulkah itu aku?

Sayangnya sejuta kekesalan takkan mampu memutar kembali masa yang berlalu. Sejuta kekesalan takkan mampu mengembalikan harga diri seorang insan seperti aku. Aku menggenggam erat kelima-lima jari tangan/. Ah, segalanya sungguh memalukan. Tapi aku percaya, dalam keadaan yang menghimpit, dalam kekecewaan yang datang bertandang, kita perlu memandang ke depan. Kita mesti kuat demi meneruskan perjalanan di muka bumi tuhan ini. Demi mengharungi sebuah kehidupan.


" kak, kak haza, akak nie terlalu bermadah. Susah ina nak mengerti!
sering adik2 disini mengeluh dengan cara aku menyelesaikan masalah. kerna pada aku, masalah bukanlah sesuatu yang perlu dijadikan satu isu. adakalanaya kita tidak akan rugi kalau memaafkan orang lain apatah lagi kalau membiarkan saja perasaan marah kita. Itu yang mereka tidak mengerti.

" ina...adikku...dalam beramal kita diuji..sbb tu perlu membiarkan kepahitan berlalu, dalam berusaha kita srg dalam dilema sbb itu perlu lepaskan kegelisahan,, dalam keinginan hidup 1000 tahun kita perlu jana kekuatan,,,dalam menemui kekasih abadi kita kena lepaskan kenangan dan suratan takdir,,,yg penting beruzlah dimuka bumi ini,,,nak rasa hidup yg lama .....kita tak boleh hilang semangat.

ya memang sukar, orang2 biasa untuk menakul cara aku berfikir. Memang sukar untuk orang yang praktikle untuk memahami konsep kehidupan insan seperti aku.

Akhirnya aku sedar, bahawa rasa sedih dan duka cita itu, fitrah manusia. Namun yang salahnya, apabila kita bersedih terhadap perkara yang tidak perlu kita sedihkan. Kita sedih kerana tidak mendapat sesuatu.
Kita sedih kerana kehilangan…
Kita sedih kerana orang yang kita sayang tidak menyayangi kita.

Tatkala ini, suara ustaz elias berkumandang lagi.

“ marilah anak2, dengan tunduk hati kepada khalik pencipta bumi, sedarlah, insaflah, bahawa kesedihan itu ada batasannya, kedukaan itu ada garis panduannya. Kekecewaan tidak akan terasa selagi ada iman di dada. Yakinlah…semua diantara kita bertemu dan berpisah hanya atas suratan takdir Allah”

Suara inilah yang menjadikan aku tabah mengumpul kekuatan untuk terus mendaki..mengorak liku2 kehidupan.
Tiba2 aku terkenang kepada seorang sahabat…ya sahabatku yang paling setia…” bertemu dan berpisah kerana Allah!....terlalu mendalam ertinya buat seorang sahabat yang pernah kutolak cintanya. Maafkanlah aku teman, aku tidak sesempurna bidadari yang kau impikan.

Pernah dulu kualaunkan lagu, jangan ada benci nyanyian casey,untuknya. Dia sahabatku yang sentiasa ada di sisi, saat aku gembira, saat aku berduka, saat aku tertawa dan saat aku mengalirkan air mata. Pernah aku cuba menerimanya namun……entahlah…
Sebagai seorang sahabat yang terlalu lama aku kenali , hati budinya terlalu suci, kebaikannnya terlalu tulus, kepolosan wajahnya terlalu Agung untuk anak gadis seperti aku. Aku mahu dia memperoleh yang terbaik. Aku impikan dia didampingi seorang insan yang mampu membahagiakannya. Namun aku sedar wanita itu bukan aku. Aku mendoakan dia mendapat ibu rumah yang mampu melahirkan zuriat untuknya dari keturunan yang baik2, dan aku masih sedar wanita itu bukan aku orangnya. Aku mahu dia dibelai oleh sang putri yang lemah gemalai di hari2 tuanya, dan aku masih pasti bukan aku orangnya..

saat aku terlantar di hospital, hanya dia ...hanya dia yang melawatku, hanya dia yang mengerti kedukaanku, hanya dia yang memahami kesedihanku dan hanya dia yang menemani aku sepanjang perjalanan menuju alam kedewasaan ini.

Nah...dan kerana itulah, sahabatku, fahamilah aku. Sejak 17 tahun lalu aku tidak dapat menerimamu. Aku bertambah yakin sekiranya aku bertahta dihatimu , aku akan kehilangan seorang sahabat sejati.

sahabatku,
usah kau tanya pada kenangan
usah kau singkap catatan silam
kerna aku pasti apa yang kita lalui kini
adalah satu pilihan yang paling tepat
dan bukanlah satu suratan secara kebetulan.....

Sahabatku
bila kita dah jumpa seseorang yg kita sayang, janganlah lg kita mencari yg lebih baik dari tu..kita sepatutnya hargai dia sebaik-baiknya..janganlah kita menoleh ke belakang lg krn yg berlaku ttp dah berlaku. dan ingatlah orang yg paling kita SAYANG tu lah yg PALING CANTIK dan PALING BAIK..wlpn klu nak ikutkan banyak lg yg cantik dan baik




****** cinta tak berbalas**********




Aku dalam diam menyimpan perasaan , perasaan sayang , perasaan kagum, perasaan rindu pada si dia "SA" aku. Sicret Admirer...tapi itu dulu, kini segalanya bukan lagi rahsia. Dalam diam aku mengharap pada orang yang tak sudi.




# shahdu bila terkenang
sayang melayang-layang
sayang tak kesampaian....#
... saleem..
he...he...jiwang lagi.....

Sarjan atau dikenali dengan Mr Romeo. Dia....sering diibaratkan aeroplane yang suka mendarat. Tak pernah kekal dengan seorang pelajar perempuan. sentiasa bertukar ganti. Mr Romeo nie dikatakan suka mengekori, memasang jerat kepada mangsanya. Mungkinkah dia bangga apabila ramai diantara pelajar perempuan di sini yang menjadi koleksinya. Pernah juga aku terfikir, tiadakah ruang kasih, ruang sayang dihatinya? saat sang gadis mula menaruh perasaan dia akan berlalu persis angin sepoi yang bisu tanpa suara. Dia mendarat hanya mencari tempat persinggahan sebelum menemui terminal yang kekal.

Itu yang kudengar, kesahihannya hanya ZRI seorang yang tahu.

Dalam diam aku menyimpan harapan. walau seburuk manapun dia, pada aku dia lelaki idaman yang sering kurindu. lelaki penyayang yang mula aku perhatikan. lelaki gentle yang mula aku sayang. Setiap ceritanya kudengar, kutukan demi kutukan aku teliti, tapi entah mengapa dalam pandangan mataku dia manusia terpuji. Sampai ke hari ini dia masih insan yang kukagumi. Dimana???? dia sekarang aku sendiri tidak pasti.

emmm...em..... aku tersenyum lagi. Mengimbas kembali kenakalanku bergelar sweet seventeen. Aku pernah mengintai ZRI , har dan rakan2 mengaji di surau, di SMTP. Pada bulan ramadhan...lewat malam. Walaupun suaranya tidak semerdu suara ayie dan leman, namun gerak hatiku menyatakan dialah lelaki yang sepatutnya menjadi imamku.

" saya mengganggu"?
" tak ZRI, cuma saya terkejut!"
" why? tak percaya? saya bercakap dengan awak," mata nakalnya melirik kearahku.
" hostel ok?
" hostel mestilah ok,,dia tahu sakit ke?..loya juga aku nie..he..he..
" macamana awak sekarang duduk dekat hostel,,,ok? , puas hati cikgu...?
" mana ada duduk kat hostel,,kan saya duduk kat atas kerusi ni..
" awak..."
" awak? awak apernya?
" haza!...
k,,,hostel ok, tapi orang yg duduk kat hostel tu tak ok, demam .....
Pergi mana tak nampak dekat surau semalam?, syok dengar suara pemuda nie,,suara anak melayu telor jawa gitu,,,yalah kan banyak makan tempe'

" saya balik kampung Zri , naper? dah mula ambil alih jawatan cikgu Abidah ke? jadi penyelia asrama.

eeeeeeeeeeeeeeeee,,,loya buruk pulak ya?...
" tak lah, baru aje buat,,,fresh lagi aper?
Zri kalaulah dapat kau baca isi hati ku ingin saja aku memberitahu,,,,,aku selesa di sini, disisi kau, ZRI.
Begitulah seterusnya, malam orentasi pelajar baru di asrama, menjadikana aku dekat...dekat...dengan dirinya. Ada masanya aku terfikir, Perlukah kukesali takdir yang menemukan aku dgn ZRI?
Tapi bukankah itu suratan ? suratan yang mempunyai hikmah disebalik takdi r Illahi.


******* 1994*********


Dibuai Rindu Semalam

Kami semua akan menduduki SPM. Mr Romeo aku nie…menginap di hostel. Aku pula asyik merayu dengan family aku supaya membenarkan aku menginap di hostel. Mudah untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran. Ironinya semua itu satu alasan. Aku sebenarnya mahu dekat, dekat dengan dia, seorang insan yang kupuja.

…arghhhh….semua itu dulu, masa aku bergelar remaja.
Tujuh bulan berada di asrama hatiku berbunga. Biarpun tidak berbual mesra, berbicara suka duka, sekadar menatap wajahnya aku gembira. Sekadar dapat menjahit bajunya aku bahagia. Hanya sekadar gurauan gila sudah cukup untuk aku tersenyum hingga ke saat ini. Ya,,,sekadar satu gurauan gila….gurauan gila har….


Rupanya aku tersilap.
April Fool 1994,
Aku bercuti kerana demam, pulang ke rumah.
Oleh kerana aku terlalu kasih, terlalu sayang, aku akhirnya lupa,,,lupa siapa dia sebenarnya.
Aku mulai lupa bahawa hati ini akan terluka.
Dan,,,aku membiarkannya terjadi,,,,,,

" assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan haza?"
" ya , za cakap nie, sapa yak at sane?"
" tekalah , orang yang awak suka.."
" ZRI? …..ZRI ke?
" ya,,,betulah tu"

Pada mulanya aku ragu2 sebab suara tuan di corong telefon ini tidak sama seperti tuan yang empunya diri.
" mengapa tak datang?" saya rindu dekat awak la..

" emm..betul ke?"
" kalau tak percaya belahlah dada."

Ah…angaulah aku malam nie… tak sabar rasanya nak bertemu pujangga hati.
Peristiwa inilah yang menyakinkan aku untuk terus menaruh hati perasaan. Memberikan aku harapan., memberikan aku keyakinan bahawa aku tidak berseorangan dalam melayani perasaan.
SEPTEMBER 1994
Aku hairan mengapa MR Romeo seorang ni buat derk aje dekat aku. Macam tiada apa2 yang berlaku, malah dia mula memasang jerat kepada adik angkatku..cik pah. Aku mula curiga..dan ketenanganku di asrama mula terganggu. Perasaan untuk belajar mula terpinggir dari sudut hati. Aku..keliru…

## enggan berterusan
Dalam panasaran
Dalam kegelapan kutercari
Enggan kumenanti
Dalam penyiksaan ….##

Itulah lagu yang sering menjadi focus aku. Fauziah latiff. Aku perlukan kepastian, dan akhirnya setelah gagal dalam percubaan SPM, aku mula nekad. Aku nekad membuat keputusan untuk keluar dari asrama. Aku nekad demi seorang nenek tua yang telah bersusah payah menjagaku.

Khamis,
Hari terakhir aku di asrama SMTP 1994,
Kebetulan Diana menyambut hari kelahirannya. Kami membuat keputusan untuk meraikannnya di tapak perhimpunan sekolah, berhadapan dengan dewan makan asrama. Selalunya hari cuti begini, kami tiada "prep" dan masa inilah pelajar2 mengambil kesempatan untuk menggunakan telefon. Semasa kami sibuk meraikan majlis Diana, Mr Romeoku datang menyapa,

" celebrate birthday sapa?"
Aku diam, adik2 yang lain menjawab. Tiba2 bergema lagu takdir dan waktu dari corong radio. Adik2 yang gile2 ni mula menyanyi…aku turut serta….ZRI?
Menatapku, turut bersama-sama mengalunkan lagu. Detik itu penuh emosi..penuh perasaan.

# tidakKu tahu mengapakah
Pilunya di pinggir hatiku
Dan kucuba untuk mengusir
Tapi tak berdaya..#
" za boleh jumpa kat sana kejap?"
"k…nanti saya datang"
" za betul ke ..awak nak keluar asrama?"


" ya..lah tu agaknya...kalau tak de siapa yang sudi nak halang, hari nie saya last di sini.Esok saya nak balik kampung" .

" why? kerana saya ke?
aku hanya menunduk terdiam. Di dalam hati kecilku. " wahai sang teruna, berhentilah berkata-kata, atau manik2 jernih dari kolam mata ini akan mengalir.
" jawab lah za,,jangan membisu, jawablah dengan suaramu yang sentiasa bersemangat. Jangan biarkan aku diburu rasa bersalah.

Mengapa za, tidak kau mengerti hatiku disaat ini. Mengapa za, tidak dapat kau fahami perasaanku. Ah,,kau juga sama seperti mereka. Kau tak mampu membaca hatiku. Mestikah aku ucapkan,,za...adakah terlalu bermakna bagimu satu kalimah itu? Tidak kau tahu di asrama ini bukan aku saja yang bercerita tentang dirimu, bagaimana aku bisa mengkhianati orang yang terlebih dahulu mengenalimu.

" za, abbas cakap awak nak keluar sebab saya?
aku diam...terus diam...
" za cakaplah, jangan kau seksa lagi hatiku, jangan kau biarkan aku terus rasa bersalah. Jawablah ...agar aku tidak diberi pilihan yang amat menyukarkan,,,antara seorang sahabat dan seorang teman.

" zri,, sejak awak call saya....
belumpun habis aku berkata-kata, ZRI memintas.
" saya tahu, tapi bukan niat hendak mempermainkan awak. Bila baca surat awak , saya faham apa yang awak rasa. Tapi bukan saya yang bercakap dengan awak malam tu.

memang betul tekaan aku, patutlah...aku yang hidung tak mancung pipi tersorong2.

Wahai si gadis yang manis, surat yang kautulis, kusimpan rapi...serapi aku menyimpan apa yang tersirat di hati ini. AKu lekatkan di almari pintuku.Setiap hari aku melihatnya tanpa jemu. Kalaulah dapat kau mengerti....za...

saat ini air mata tidak dapatku tahan lagi. mengalir...mengalir...dan mengalir laju. Dia yang kupuja menjadi semakin kecil...



**** Lahar Cinta***
Tersingkaplah tirai cinta ku
Yang lalu,,,
Hangatnya bagai lahar yang membakar bumi…


Spm berlalu dengan pantas. Sepanjang waktu itu aku tidak kesunyian lagi. Kini ada waktu2nya kami akan berbual lewat pertemuan lalu. Dia akan menghubungi aku untuk bertukar cerita., menjadi perangsang untuk aku menduduki peperiksaan. Takdir Tuhan yang maha esa, aku yang dianggap sebagai sahabat sebenarnya terlalu obses dengan ZRI. Apa yang berkaitan ttg ZRI , kukumpul sebagai koleksi. Foto2 kelas, hari sukan, di asrama, di majalah sekolah, semuanya kuabadikan dalam sebuah album. Semakin hari aku menjadi semakin sayang, semakin rindu.

### oh mengapakah lidahku kelu untuk menyatakan
Sedangkan dalam hatiku rasa sayang
Oh dapatkah kau membalas
Cintaku dgn setia dan menjadi kekasih ku selamanya ####

Saat Spm diumumkan aku mdpt 13 agreget. Tapi aku tidak kemana-mana. Masih di sini di SMTP, meneruskan perjuanganku yang belum selesai. Rakan-rakan yang lain telahpun menjejakkan kaki ke menara gading. Aku, hanim, mimie, sulaiman dan s.aKu masih berjuang demi masa depan.
Masuk 18 tahun umurku, satu pengalaman yang mematangkan . Mr romeo aku pada awalnya tidak tersenarai sebagai pelajar form six. Dia kemudiannya meneruskan persekolahan semasa pihak sekolah mengambil second in-take. Alangkah gembiranya hati ini, berbunga hingga ke pagi. Esok kami akan dipertemukan kembali, Terima kasih Tuhan.

Hani,,,ada tak?
Ko ni za,ada apanye?
Alah ,,,si Zri,, ada tak nama dia? Dia dapat tak tawaran Form six?
Nape? Rindu eh???
Tak,la…kan dia geng kita,,,rindu apa pulak……tak main lah rindu2 ni , buang karan aje..he..he..cover line…
Tu,,,ada tu,,,tak nampak nama dia duk terpampang kat notis board???? Dah mula rabun???? Aiiii….
Hehehe,,jom tepon dia,
Hah,,bila orang cakap dia rindu,,tak nak ngaku,,ego tak kena tempat. Tu yang dok gatal sgt tak sabo2 nak tepon dia tu pasal apa? Nak ganti kerani sekolah? …
Ehhhhehehe…tak lah kan kalau kite tepon dia, dia dapat gi sekolah cepat sikit…
“ ngada-ngada” degil tak kena tempat,,,nampak je lembik, degil jugak,,hah gilah tepon hani tak nak campur ya!

“ assalamualaikum” control ayu gitu…
“ waalaikummussalam” ya nak cakap dgn sapa?,,
mampus aku,,,bapak dialah,,,eh nak cakap apa ni,,, errrg “ ci…ni kawan Zri , dia ada tak?



“ ZRI tak adelah DIK,,dia gi noreh////
oooo,,,cam ni ci..dia dapat tawaran tingkatan 6, nanti ci bagitahu dia ya,
yelah, DIK, time kaseh ya,,.
“ ahhh,,,luruh jantung aku,,,baiknya bapak dia,,,
Dia panggil aku Dik,,,dapat aku bayangkan , mesti bapak dia ni penyayang,,,tersentuh hati aku. Anak yang lahir dari benih seorang lelaki penyayang, tentu penyayang juga sifatnya. Bertuah Zri,,,alangkah baiknya kalau dia panggil aku anak,,,rindu betul aku pada panggilan itu, panggilan seorang lelaki yang pernah membelai rambutku, panggilan seorang lelaki yang pernah menjadi kuda tungganganku, seorang lelaki yang sanggup memberikan namanya padaKU. Ayah…Noah…kali terakhir kutatapnya wajahnya….aku sendiri dah terlupa…saat kali terakhir dia membelaiku…aku juga hampir terlupa,,,saat terakhir dia memanggil aku ,,,aku juga tidak dapat mengingatinya…Ahhh semoga kalian menghargai erti panggilan keramat ini. Hargailah dia seadanya….Semoga Allah mengabulkan permintaanku,,, aku ingin bertemu dengannya buat kali terakhir mungkin,,,aku takut seandainya pertemuan yang terjadi adalah pertemuan yang sudah terlewat.

***Sekelip mata kau berubah***

Perasaan sayang ini kupendamkan saja,Perasaan rindu ini kubiarkan terus membisu, Kasih ini kusimpan hingga keakhirnya. Zri yang dulunya mesra berubah rasa. Zri tidak lagi menegurku seperti biasa, tidak lagi bercerita seperti sebelumnya,, mungkin dia mula meneruskan projek lamanya,,,mungkin dia terlalu sibuk mengayat ,,,mengayat pelajar baru yang mula mendaftar masuk ke Form six. Sehebat mana ayatnya akupun tak tahu.

“ mengapa kau tidak berubah pujaan hatiku? Mengapa jalan ini yang kau pilih. Aku hanya mahu kau bahagia Zri. Semoga gadis yang kau kejar ini, akan menjadi ratu hidupmu. Moga persinggahan ini menjadi tempatmu berlabuh. Usahlah kau belayar lagi. Jangan ada lagi bakal hati yang terluka. Cemburu? Tak mungkin aku cemburu. Yang ada Cuma kekecewaan,,, Siapalah aku untuk berasa cemburu???

yang aku tak faham, mengapa Zri tidak menyapaku seperti dulu, tidak lagi berbual denganKu sebagaimana dia berbual dengan rakan-rakan yang lain. Takutkah kau pada Si JIwang Karat ini Zri? Dan Zri,,saat kita menduduki paper Julai matematik, kau memberikan kata perangsang kepada Si dia, namun saat bertembung dengan ku, menatap wajahkupun kau tak mampu, hina sangatkah aku dimatamu Zri?

Zri,,,,,, muka rileks, muka berlagak tak tahu, berlagak tak kisah dan berlagak tak ingin ambil tahu…sakit rasanya,,,,,,Aku benci tapi sayang….sayang… dan sayang……pada seorang lelaki yang telah menjadi sebahagian daripada hidupku. Ya, Zri, sebahagian daripada hidupku.




Cinta tanpa suara, warkah tanpa noktah, tak kupinta perasaan ini, tidak kuundang kasih di hati, tanpa aku sedar lambaian kelemasan sedang menantiku. Didalam jaga aku tertidur.

“ Zri tidak aku tahu, sejak bila kau mula menghuni jalan-jalan sepi hidupku, tanpa salam, tanpa pesan aku terus mengimpikan sedikit ruang dihati kecilmu. Dan dalam kegelisahan ini aku tercari-cari dimana letaknya harga diri seorang gadis seperti aku.
“ Zri walaupun kau mengganggap aku membenci, atau kau yang membenci Si Jiwang Karat ini, dalam diam aku masih merisik khabar tentang dirimu,,,tanpa jemu!

Masa berlalu,1995/1996
Dua tahun, saat terakhir peperiksaan STPM dan saat terakhir aku berada di sini. Saat terakhir aku dapat menatap wajahmu Zri. Hari ini aku akan meninggalkan tempat bersejarah ini. Tempat yang menjadi saksi cinta sepi seorang anak gadis. Tempat yang menjadi saksi air mata luka seorang insan yang bergelar aku. Banyak yang berlaku tapi biarlah rahsia….
Mungkin kau telah melupakan segalanya, Zri, tapi di Minden Usm menyaksikan kerakusan amanat yang kau tinggalkan kepada ku. Saat kalian berhimpun , bersatu dalam perjumpaan, Reunion1998 kalian melupakan aku.Mungkinkah kau takut aku akan menggangu kegembiraanMu Zri. Sayangnya Zri, kau tidak pernah mengenali kematanganku, keberanianku dan kecekalanku…
Mungkin…walaupun tiada lagi wanita di dunia ini, aku adalah wanita terakhir yang akan kau pilih.
Perasaan aku Zri,, tak mungkin dapat kau rasakannya, Lukanya menjadi parut yang mengalir darah. Tapi aku bersyukur Zri, kata-kata yang kau luahkan kepada teman baikku, menyedarkan aku bahawa aku telah menjadi penghalang kebahagian hidup seorang lelaki yang aku sayang.


“ za ko lupakanlah dia” tegas hani menegurku. “ apa maksud kau hani,” aku menarik lembut tangan hani, meminta kepastian.

“ hari tu reunion tu jadi za, tapi hani tak bagi tahu sebab zri ada, dia pesan supaya kau lupakan dia. Dia tak mungkin dapat menerima kau” tajamnya pisau yang menembusi hati ku. Malam itu aku menangis sampai ke pagi. Moga selepas ini aku tak akan menangis lagi.


“ eish…eish…ko nak aku lupakan kau ya,,,baik aku lupakan kau///lupakan!!!!!!

Blok H12 Bakti
Seorang anak gadis yang berusaha keras membunuh sebahagian dari kebahagiannya, Kebahagiaan yang dia cipta.Kebahagiaan yang dia bayangkan. Linangan airmata menyertai getaran tangannya,,,memotong tiap gambar yang selama ini menemani tidurnya, menemani perjalanan hidupnya. Tanpa sedar dia mengumpul kembali, …memeluk erat sebuah album , ratapan hiba menyelibungi hati,,esakan tangisnya meruntun jiwa,,,

Tuhan,,,berilah aku kekuatan,,menghantar namanya ke dada langit,, gantikanlah ia dengan seorang yang lebih baik untukku,
Tuhan kau bahagiakanlah dia,,semoga kebahagiaanya menjadi kebahagiaanku. “ ya Allah dengarlah ratapan hati hambamu yang lemah ini.

Ya Allah ... Biar kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi.. biarkanlah kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai.. biarkan kegelisahan lenyap, asal jangan hilang semangat.. biar penderitaan itu menyapa, agar kekuatan dapat di jana semula.. biarkanlah diri ini derita, agar aku sedar kesengsaraan ini, xsama bahkan hanya secebis drpd penderitaan Rasulullah s.a.w ....

Angin.. Jika kau berhembus lembut melaluinya, katakan padanya, aku sahabat dia selamanya... Air.. Jika kau mengalir disisinya, beritahulah padanya, aku memohon maaf atas segalanya... Bunga.. Jika kau tumbuh mekar disampingnya, kau kirimkanlah wangian tanda terima kasih atas kehadirannya... Burung.. Jika kau terbang melintasinya, sampaikan kepadanya, aku teramat sayang dan rindu padanya...
(kredit to: zakiratuasrar)

“imah , imah sekampung dengan Zri kan? Za nak minta tolong,,ima tolong sampaikan bungkusan ni dekat dia bila ima balik kampung nanti ya,,, kalau ima tak dapat sampaikan ,ima bakar aje sampul ni.”

“ ada apa za dalam sampul ni”
“ ada hak seorang kawan ima, gambar seorang kawan lewat pertemuan lalu.

Zri,,di Dorm Sri murni, Desa Bakti H12 ni, namamu tak asing bagi mereka. Dalam bilik za, penuh dengan gambar2 Zri.
Pernah dulu hani , memadukkan aku dengan teman setiakU, tapi jawapanku…tak,,,tak hani,,,bukan dia. Pernah juga kawan sekelas kita berutus surat dan memancing lagaknya,,,jawapanku masih tidak Zri…

Dia sahabatku, sahabat yang hampir2 berjaya meluruhkan kedinginan hatiku. Sahabat yang tidak pernah menyedari kehadiranku disisinya saat kami sama2 mengatur langkah menuju alam remaja. tapi , sejak tahun 2di kampus, kami menjadi teman tapi mesra.Bertukar cerita, berutus surat lagak bercinta aja rupanya.
            
    “ za, si riza tu cantik budaknya. Ko betul2 ke nak dekat dia” jangan2 dia  test power aja za, kang tak pasal2 jadi macam dulu lagi. Biokan jelah mamat jiwang tu, dia tak sesuailah buat orang macam kita”,
dengo tak orang cakap ni??????  Marah betul, hani bila aku buat muka samdol aje kat dia.
              
  “ hani, tapi aku dah mula suka kat dia, suka sangat2. Macamana ni?
“ alah, baru suka aje, bukannya bercinta” , sudah jangan nak main api.

Adoiya riza, mengapalah kau diciptakan dengan pakej yang sempurna .Cuba aja kau lelaki hitam, hidung penyek, low profile, tentu aja kita ada peluang untuk bercinta, ni tak awal2 lagi dah kena sekat.

  “ za, kalo za ingat nak bercinta dengan mamat yang hensem tu,bukan awak saja tau yang nakkan dia, ramai lagi yang teringin nak kan dia,” omel hani memanjang. “Ya , Allah, berikanlah kebahagiaan kepada sahabatku ini, sudah terlalu banyak kekecewaan yang dia alami, janganlah kegembiraan yang sedang berputik dihatinya sekarang, juga bakal menjadi musibah yang tidak berkesudahan buatnya,”

********************************************
Pagi itu,nurraza bangun dari tidurnya dengan wajah yang hilang seri, hilang firasat, hilang magnet yang memberahikan. Malam tadi wajah wajah Zri tersenyum sinis memandangnya dalam lena.” Arg, zri mengapa dalam tidur ku saja kau tidak mahu melepaskan aku..”
                Air mata laju menuruni pelupuk matanya.Terlalu rindu , sungguh terlalu rindu dia kepada anak teruna yang telah mencuri hatinya itu.Teruna yang telah menghilangkan keinginannya untuk bercinta.
“ mengapa Zri, kau tidak membenarkan aku memperoleh sentuhan cinta,”
Bibirnya terketar2 menahan selumbar yg sememangnya telah lama menembusi hatinya”.Dia bingkas bangun, menyelak daun jendela, menikmati desiran halus angin yang menyapa tubuhnya. Bagaikan lahar cinta yang hangat membakar, hatinya mengelupur mengenang bagaimana cinta sucinya tidak pernah mendapat balasan. Dia lantas kilat menyeka air matanya, kerna dia tahu rahmat tuhan ada dimana2, dan teruna yang satu ini bukanlah insan yang ditakdirkan untuk menjadi kekasih halalnya.

Riza, maafkan za, insan yang baik dan encem macam awak , tidak sesuai buat saya.Saya percaya ada gadis yang lebih layak untuk memberikan kebahagiaan buat awak. 


dan Zri, tika ini aku mendengar suara Izat, mengalunkan lagu mengintai dari tirai kamar. Bait2 lagu ini menjadikan aku semakin malu dengan diriku sendiri.

1998…1999…2000

Zri, banyak yang telah terjadi,,,akupun sudah mula tidak mengenali diriku sendiri. Aku mula membuka pintu hati, walaupun kutahu, aku sedang menipu diri sendiri. Entahlah Zri,,aku lebih menurut, aku mula tidak menghiraukan siapa yang perlu aku kenali, aku menerima sapa saje yang mendekati diri ini. Sahabat setiaku pada masa inipun mulai jarang menghubungiku, diapun sibuk dengan teman baru,,,teman yang dirahsiakan dari aku,,,tapi aku tahu dia dilamun cinta sekarang,,masakan dia mempunyai masa untukku
Dan di sini,
Aku mula jarak dari hani,,, mungkin wajahnya mengingatkan aku pada kau…hani teman baik yang kulukakan hatinya. Sampai kini aku masih terasa bersalah. Ah,,hani maafkan haza.

Zri,,,mengapa bayanganmu masih tersimpan kukuh disudut hati? Aku sendiri tidak mengerti. Aku cuba mencintai insan yang bernama lelaki, tapi jauh disudut hati aku tidak merasa getarnya sebagaimana hatiku bergetar menyebut namamu.

Mungkin inilah dugaan yang menguji keimananku terhadapNya. Aku jadi pasrah. Setiap kali aku mengadap tikar sembahyang. Tidak putus-putus aku memohon keampunan, diatas kelalaianku selama ini. Bukankah bergaul bebas dengan yang bukan muhrim itu berdosa namanya?
Teringat wajah tua mak dan abah yang tidak jemu mengirim amanat. Mak…abah maafkan haza.

Tapi hidup ini bukanlah satu percaturan manusia,,,,aku harus bersyukur Zri,,,pengalaman menyedarkan aku,,,kita memerlukan cinta dalam hidup, tapi cinta ke atas sesama makhluk bukanlah segala2nya dalam hidup kita. Dalam kehidupan ini, ada hak orang lain. Itulah yang aku mula sedar.Kelukaan hati,,, ,kenakalan diri mempertemukan aku dengan suami yang kini bertahta dihatiku. Tanpa mengambil masa yang lama aku bersetuju menjadi isterinya dan yang lebih bermakna lagi akulah cinta pertamanya…
Perasaan dan rasa cinta yang mendalam, sebagaimana aku pernah mencintai ZRI Semoga ALLah menjadikan aku seorang yang bersyukur.

Ogos 2001
Pertemuan kali terakhir 31 Ogos 2001.
Pertemuan yang paling bermakna.
Semoga selepas ini tiada lagi kekesalan di dalam hati.
Terima kasih Zri.

07september 2001
Malam pernikahanku.
Segalanya dibuat secara ala kadar. Aku hanya menjemput Rosnizan.
Yang lain..tiada undangan.

Dan dimalam pernikahanku, aku memujuk hatiku Zri , supaya dapat membuang namamu Aku berdoa supaya selepas ini hanya dia menjadi insan yang aku cintai. Tapi dadaku seperti menanggung bebanan yang berat. Saat aku ditinggalkan seorang lelaki bergelar ayah aku tidak menangis. Tapi malam ini, esakan tangisanku begitu kuat, sehingga mengusarkan ahli keluargaku.

“ kenapa ni kakak” marah betul mak dekat aku.
“ kan akak yang nak kahwin, ni nangis pulak, apa yang tak kena lagi!
“ ish …lembut sikitlah,,dengan budak tu,,biasalah orang darah manis, takut” atuk mencelah.

“ tak ada apa tuk, mak, mak lin,,,akak sedih, sedih nak tinggalkan atuk” kan nanti akak nak pergi jauh ke utara.” Ntah dapat selalu tengok atuk ke tidak…

“ lah, nanti balik lah,,,bukan jauh,,

ya,,aku pergi tak lah jauh,,tapi cukup jauh meninggalkan kenangan silamku.Cukup jauh dari tempat yang menyimpan sejarah suka duka hidupku. Aku bimbang sekiranya aku tidak meninggalkan daerah ini ingatanku terhadap mu tidak akan pupus.


Pagi September 2001.
Hari pertama aku bergelar seorang isteri, aku berbual panjang dengan abang latif. Sehingga kini, adakalanya aku tersasul memanggilnya abang latif. Walaupun jarak usia kami agak berbeza, namun dia seorang lelaki yang penyabar, penyayang dan paling memahami.

“ abang latif,,,terima kasih kerana sudi mengambil haza sebagai teman hidup abang,’
“ tidak za,,abanglah yang sepatutnya mengucapkan terima kasih kerana haza sudi menerima abang,,, dia tersenyum.

Dalam hatiku,, “ terima kasih suamiku,
Zri tak mungkin akan mengambilku untuk selama-lamanya. Aku menyentuh jari manisku…..

Getaran suara dan senyumannya terserlah. Wajahnya yang tenang, pelukannya yang mententeramkan menjadikan aku betul2 bermakna. Aku merebahkan muka ke dadanya, dengan esakan manja seorang isteri,,,


“ abang, andai satu masa nanti haza menangis, fahamilah haza, dan setelah ditakdirkan haza menjadi milik abang, janganlah berhenti menyayangi, menyintai dan memiliki haza. Berilah haza masa untuk menyuburkan benih cinta buat abang.”


Dan untukmu seorang lelaki yang pernah menjadi sebahagian daripada hidupku,
Terima kasih Zri
keranaMu aku kini bergelar seorang isteri kepada seorang suami dan seorang ibu kepada empat cahaya mata.
Zri, aku harap pernikahanku akan menghentikan bebananmu,aku berharap pernikahanku akan membawa kebahagiaan kepadamu. Aku berdoa semoga pengorbanan ini membuka jalan hidup yang baru buatku. Semoga kau tidak lagi dibayangi bayang2 seorang wanita yang gila terlalu gila seperti aku. Gila meraih cinta yang tidak mampu kau balas.
Zri aku berharap pernikahan ini adalah noktah harapanku terhadapmu. Dan Zri aku berharap pernikahan ini akan membuatkan aku BERHENTI BERHARAP!!!!!
Berhenti berharap untuk menatap jejakmu, berhenti berharap memiliki senyumanmu.


ZRI
Akhirnya aku faham, jika kau meminta aku menunggumu, akan ku tunggu hingga ke akhir waktu. Tapi Zri antara kau dan aku ibarat kata ugy Ahmad daud dalam filem balada
“ andai cinta ini cinta suci
lepaskanlah ia, jika ia pergi
dan datang kembali, ia milikmu
namun jika ia pergi dan tidak kembali lagi
anggaplah cinta itu TIDAK PERNAH HADIR
SEJAK dari awal lagi.”
Buat Suami ku tercinta,
Aku akhirnya faham,
Tuhan mengurniakan kau
Sebagai ANUGERAH TERINDAH yang aku miliki.
Kutujukan Bisikan Melodi
Adamaya “ KAU SEGALANYA”



Lirik Yang Terindah – Dakmie (OST Adamaya)
Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuranMencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamuKau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indahKau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Tiada ulasan: